Detail Buku
Judul IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM
Penulis
Penerjemah Nor Hasanuddin H.M. Fauzi
Deskripsi Fisik 534 halaman
Penerbit Al-Hidayah Publication
Kota Kuala Lumpur
Tahun 2010
ISBN
DDC
No Panggil
Genre/Subjek
Bahasa Indonesia
Seri
Update Terakhir Rabu, 05 Mei 2021, 6:21 wib
About the book

Kitab Ibanah al-Ahkam adalah salah satu kitab yang mensyarah kitab Bulugh al-Maram min Ahadits al-Ahkam karya al-Hafiz Syihabuddin Ahmad bin ‘Ali bin Ahmad bin Hajar al-‘Asqalani (733-852 H). Kitab hadis yang memuatkan 1,576 hadis. Ia kemudian dijelaskan oleh al-Sayyid Muhammad bin Isma’il al-Amir al-Shan’ani (1099-1182 H) yang diberi judul Subul al-Salam. Ia merupakan kitab penjelasan yang bermutu tinggi dimana kebenaran merupakan semangat utama dalam penulisan buku ini tanpa mempedulikan dalil yang dikemukakan bersesuaian dengan mazhab penghurai kitab ini atau sebaliknya.

Kitab penjelasan Bulugh al-Maram ini semula dikarang oleh Hasan Sulaiman al-Nuri dan ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki yang merupakan dua ulama terkemuka di Mekah. Tetapi baru menyelesaikan dua jilid penjelasan kitab ini, kedua-dua ulama ini meninggal dunia dan tidak sempat menyelesaikan penjelasan kitab ini secara keseluruhan. Kemudian Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy meneruskannya dan menyelesaikan kitab penjelasan ini yang dimulai daripada jilid ketiga sehingga jilid keempat.

Kitab Ibanah al-Ahkam ini berbeda dengan kitab-kitab penjelasan Bulugh al-Maram yang lain dimana perbahasannya ditulis secara sistematik. Setiap hadis diberi makna secara umum. Dengan itu setiap pembaca mampu memahami maksud sesebuah hadis itu secara keseluruhannya. Ia juga dilengkapi dengan analisis lafaz supaya setiap pembaca mengetahui makna setiap kosa kata yang terdapat di dalam hadis berkenaan. Kemudian ia diikuti dengan fiqh hadis yang memuatkan hukum-hakam yang boleh dipetik atau diambil daripada hadis tersebut. Fiqh hadis ini ditulis secara ringkas dan padat. Bahkan dalam beberapa kesempatan turut dihuraikan juga biografi singkat sahabat yang meriwayatkan hadis-hadis itu. Pada bahagian akhir setiap bab dimuatkan soalan-soalan yang menanyakan apa-apa sahaja yang telah difahami dan maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan dalam setiap bab itu. Metode ini digunakan untuk memudahkan setiap pengajar, pelajar dan orang awam yang membacanya.

Kitab Ibanah al-Ahkam fi Syarh Bulugh al-Maram ini bertujuan menampilkan keutamaan kitab ini dengan mengisyaratkan betapa mulia kedudukan penulisnya, al-Hafiz Ibn Hajar. Beliau telah mengerahkan segenap kemampuan dan jerih payahnya untuk menghimpun semua dalil hukum-hukum syariat disertai dengan usaha untuk mencari penyelesaian antara hadis-hadis yang seakan saling bercanggah, menjelaskan kedudukan hadis-hadisnya dan menisbahkannya kepada orang yang menyebutnya. Ini dapat dijadikan pegangan bagi penuntut ilmu sekaligus peringatan orang alim.

Dalam mensyarahkan kitab ini, kami menggunakan kaedah baru yang insya Allah bermanfaat kerana ia sesuai dengan tuntutan zaman dan bersesuaian pula dengan kaedah pendidikan moden, tanpa menyebut masalah tarjih terhadap satu dalil ke atas dalil yang lain. Ini kerana kaedah tarjih akan menyimpang dari asal tujuan kami, iaitu mengetengahkan dalil hukum-hakam syarak dalam bentuk yang ringkas. Kami mengemukakan kaedah ini dengan niat yang ikhlas, mengharapkan yang terbaik dan sama sekali bukan bertujuan untuk merendahkan peribadi seseorang atau menghinakan kedudukannya. Ini jelas tidak akan dilakukan oleh orang yang berakal sihat dan tidak jahil pun tidak akan merasa tersinggung kerananya. Bak kata pepatah, melukai mayat tidak akan merasakan sakit.

Tujuan kami menulis buku ini adalah untuk memberikan bimbingan kepada kaum muslimin, mengingatkan orang yang sedang belajar betapa mulia kedudukan ulama salaf soleh dan untuk menggugah mereka agar sentiasa bersatu padu, kerana ini perkara paling penting yang mampu menyempurnakan kehidupan mereka dan ia semestinya menjadi keutamaan mereka. Kita sekarang amat memerlukan perpaduan di kalangan kaum muslimin daripada terus bertikam lidah dalam mengemukakan perbezaan pendapat yang akibatnya dapat menghancurkan kekuatan dan persediaan melawan musuh. Keadaan inilah yang mendorong bangsa lain bersatu padu memperebutkan kita seperti lalat mengerumuni bangkai. Kita sekarang sedang berada dalam kemelut dan lupa keadaan kita sendiri. Marilah kita berdoa kepada Allah (s.w.t) semoga Dia menyatukan kalimat dan perpaduan kaum muslimin.

Daftar Lampiran

Ibanah Jilid 4
05-Mei-2021, 7:02 WIB
Baca
Ibanah Jilid 3
05-Mei-2021, 6:40 WIB
Baca
Ibanah Jilid 2
05-Mei-2021, 6:35 WIB
Baca
Ibanah Jilid 1
05-Mei-2021, 6:23 WIB
Baca

PONPES ASSALAFIYYAH MLANGI

Pesantren Assalafiyyah Mlangi adalah lembaga pendidikan formal berbasis pesantren wajib bording di lingkungan pondok pesantren Assalafiyyah. Hingga saat ini telah berkembang dengan berbagai lembaga pendidikan formal dibawah payung Pondok Pesantren Assalafiyyah Mlangi yaitu; MTs, MA, dan SMK Assalafiyyah.

KONTAK KAMI

Alamat : Jl. Kyai Masduqi Mlangi, Nogotirto, Gamping, Sleman - D.I Yogyakarta 55292
Telepon : 081393128882
Email : pengurus@ppasm.com